Isnin, 12 Mei 2014

Islah Nafsaka Wad'u Ghairak

Sudah lama aku meninggalakn blog ni, dibiarkan terus sunyi tanpa diisi. mungkin "kononnya" disebabkan dengan kesibukkan aku dengan diploma yang sudah tamat pada 18hb042014 lalu. Sungguh, bila diri ini dirumah, suasana belajar, asgment yang bertimbun2, presentation, jumpa lec sokmo, sangat2 aku rindui. Kenangan yang sangat2 tidak boleh lupakan. Pesat yang sentiasa menjemputku 3 hari seminggu, hehehehe, sangat2 aku hargai dan harus aku teruskan walaupun aku sudah tidak belajar di negeri serabi Mekah itu.. Pesat yang aku maksudkan ialah Halaqah pada hari Ahad malam iaitu untuk semua pelajar, kedua Halaqah aku bersama adik-adik yang sangat aku cintai iaitu ain, fairus, atikah sakinah, kak kinah, sitti, tasnim, ika, nabilah dan latifah dan Puan Zuraidah. Rasa diri ini belum layak untuk memnyampaikan tetapi amanah yang begitu besar harus dijalankan untuk sama-sama perbaiki diri, muhasabah diri dan melahirkan rasa cinta kita kepada Allah.. yang ketiga Halaqah with Kak Mumtazah iaitu halaqah untuk fasilitator... Ya Allah rindunya aku pada suasana tu... tiada pada tempat lain. hrrrmmmmm... Jom Masuk KTD (Kolej Teknologi Darulnaim)

tiada kolej yang lebih hebat setanding KTD yang mementingkan Tarbiyyah, memproses manusia menjadi produk yang berguna insyaAllah Soleh dan Solehah.

http://www.ktd.edu.my/v2/


ISLAH NAFSAKA WAD'U GHAIRAK

panjangnyee muqhadimahnye ye...hehehehe..
Apa yang hendak aku tuliskan ni adalah berdasarkan pengalaman untuk di kongsikan bersama, sharing2.. ^_^.. Apa yang anda faham dengan ayat Islah Nafsaka Wad'u Ghairak? iaitu daripada Allahyarham Mustapha Masyhur, tokoh mursyidul Ikhwanul Muslimin yang kelima pada suatu ketika dahulu..maksudnya ialah perbaiki diri kamu dan serulah orang lain.. Bagi aku ayat ni sangat bermakna dan untuk dijadikan kata-kata semangat kepada kita sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Kadang2 pernah terfikir yang diri ini belum layak untuk menyampaikan ilmu ditambah lagi dengan dosa2 yang sering dilakukan, adakah layak aku nak sampaikan sedangkan aku juga tertipu dengan dunia yang fana ni.. Astaghfirullahalazim (ampunkan aku ya Allah) T_T..

Akan tetapi, sampai bila kita harus mengatakan diri ini tidak layak. Yess, memang kawan2 aku slalu cakap weh aku x layak, aku x layak, hang je lah thirah yang buat, dan aku juga merasakn itu, iaitu aku tidak layak!..

Once kita kene ingat yang kita hidup di muka bumi ini untuk apa... Mestilah nak mencari Mardhatillah (mencari redha Allah).
Kita harus perbaiki diri kita dimana berubah untuk menjadi lebih baik. Nak berubah tu tak payah tunggu besok, lusa, tahun depan, 5 tahun lagi, dan kononnya mengatakn tak sampai seru lagi???!! atau menanti hidayah datang bergolek.. everyday kita perlu muhasabah diri, berubah dan menjadi lebih baik.

Macam mana nak berubah? kita berubah dengan taubat. Bertaubat kepada Allah, menagis kepada Allah bkn pada manusia, dan insaflah, kita menyesal terhadap kesalahan yang telah kita lakukan selama ni.. andai kita dah bertaubat sekalipun, dan andai Allah nak uji lagi dengan perbuatan yang sama lagi pada kita, iaitu kita bertaubat dan sentiasa muhasabah diri. Ada sesetengah orang tu tanya, aku dah buat dosa sangat2 besar dan aku takut sangat Allah tak ampunkan dosa aku, yakinlah dan percayalah yang Allah telah sediakan pintu2 taubat untuk kita..Allah tidak sama seperti manusia, Allah maha Pengampun!

Andai kita dah berubah tapi ada yang kutuk2 kita kata alimlah, dulu hg pn buat dosa yang sama jugaklah dan sebagainya..Kita kena ingat yang Allah mampu untuk mengubah segalanya. Kita perlu lebih kuat dan berani serta yakin dengan diri kita yang kita ni nak cari redha Allah.. Perdulikan kata2 orang. Keluarkan diri kita ni dari sikap lemah dan berputu asa. Buktikan pada mereka yang kita berubah ni tak sia-sia dan berdoa jugalah agar mereka berubah dan kembali kepada Allah.

Buktikan yang generasi Y ini adalah soleh dan solehah bukan peruntuh akhlak! takbirr.. bangunlah wahai anak muda dan sahabatku sekalian untuk menjadi generasi penggerak memartabatkan Islam! AllahuAkbar!

ajak sama orang lain untuk turut ikut serta berubah... nak masuk syurga sama2 kan..^_^ jom lah berubah sama2....

“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman.”
(Surah Ali Imran ayat 139)
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.”
(Surah At-Taubah ayat 129)
“Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat.”
(hadith riwayat Bukhari)
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
(Surah Al-Asr ayat 1-3) 
“”Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya”
(Surah An Nahl ayat 125)
sedikit sebanyak dipetik dari ILOVEISLAM...