Rabu, 27 Ogos 2014

Vitamin E Shaklee cinta hati pertama saya


Assalamualaikum. Masa yang terluang ni saya nak share sikit kebaikan Shaklee terhadap diri saya.. hehe. formalnya Athirah. tapi saya nak share jugak dengan korang bertapa saya rasa bersyukur selepas menggunakan vitamin E Shaklee walaupun kesan yang dihasilkan agak lama tapi amat memuaskan. apa yang saya nampak kesan pada kulit saya ialah, parut jerawat di muka saya hilang. ada satu jerawat yang agak teruk terjadi di hidung saya masa saya semester 6 iaitu 6 bulan yang lalu. dan sekarang bekas jerawat tu hilang 100%.. alhamdulillah. saya sarankan kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah kulit, korang boleh try vitamin e ni... bonus bagi korang ialah korang dapat kesan dalam hanya 1 minggu..


KEBAIKAN VITAMIN E SHAKLEE

1. Mengurangkan tekanan darah
2. Menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri
3. Menghalang anemia hemolitik
4. Membantu meningkatkan kiraan sperma
5. Membantu melambatkan penuaan
6. Memulihkan tekstur dan warna kulit
7. Membantu melawan kanser kerana kandungan anti-oksidanya
8. Melambatkan pertumbuhan tumor
9. Mengurangkan kesan parut
10. Meningkatkan keanjalan salur darah
11. Menyelesaikan masalah kelesuan
12. Merendahkan risiko katarak


whatsapp 0196426793
#im Shaklee Distributor
fb Athirah Jelani
athirahjelani@gmail.com


Isnin, 12 Mei 2014

Islah Nafsaka Wad'u Ghairak

Sudah lama aku meninggalakn blog ni, dibiarkan terus sunyi tanpa diisi. mungkin "kononnya" disebabkan dengan kesibukkan aku dengan diploma yang sudah tamat pada 18hb042014 lalu. Sungguh, bila diri ini dirumah, suasana belajar, asgment yang bertimbun2, presentation, jumpa lec sokmo, sangat2 aku rindui. Kenangan yang sangat2 tidak boleh lupakan. Pesat yang sentiasa menjemputku 3 hari seminggu, hehehehe, sangat2 aku hargai dan harus aku teruskan walaupun aku sudah tidak belajar di negeri serabi Mekah itu.. Pesat yang aku maksudkan ialah Halaqah pada hari Ahad malam iaitu untuk semua pelajar, kedua Halaqah aku bersama adik-adik yang sangat aku cintai iaitu ain, fairus, atikah sakinah, kak kinah, sitti, tasnim, ika, nabilah dan latifah dan Puan Zuraidah. Rasa diri ini belum layak untuk memnyampaikan tetapi amanah yang begitu besar harus dijalankan untuk sama-sama perbaiki diri, muhasabah diri dan melahirkan rasa cinta kita kepada Allah.. yang ketiga Halaqah with Kak Mumtazah iaitu halaqah untuk fasilitator... Ya Allah rindunya aku pada suasana tu... tiada pada tempat lain. hrrrmmmmm... Jom Masuk KTD (Kolej Teknologi Darulnaim)

tiada kolej yang lebih hebat setanding KTD yang mementingkan Tarbiyyah, memproses manusia menjadi produk yang berguna insyaAllah Soleh dan Solehah.

http://www.ktd.edu.my/v2/


ISLAH NAFSAKA WAD'U GHAIRAK

panjangnyee muqhadimahnye ye...hehehehe..
Apa yang hendak aku tuliskan ni adalah berdasarkan pengalaman untuk di kongsikan bersama, sharing2.. ^_^.. Apa yang anda faham dengan ayat Islah Nafsaka Wad'u Ghairak? iaitu daripada Allahyarham Mustapha Masyhur, tokoh mursyidul Ikhwanul Muslimin yang kelima pada suatu ketika dahulu..maksudnya ialah perbaiki diri kamu dan serulah orang lain.. Bagi aku ayat ni sangat bermakna dan untuk dijadikan kata-kata semangat kepada kita sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Kadang2 pernah terfikir yang diri ini belum layak untuk menyampaikan ilmu ditambah lagi dengan dosa2 yang sering dilakukan, adakah layak aku nak sampaikan sedangkan aku juga tertipu dengan dunia yang fana ni.. Astaghfirullahalazim (ampunkan aku ya Allah) T_T..

Akan tetapi, sampai bila kita harus mengatakan diri ini tidak layak. Yess, memang kawan2 aku slalu cakap weh aku x layak, aku x layak, hang je lah thirah yang buat, dan aku juga merasakn itu, iaitu aku tidak layak!..

Once kita kene ingat yang kita hidup di muka bumi ini untuk apa... Mestilah nak mencari Mardhatillah (mencari redha Allah).
Kita harus perbaiki diri kita dimana berubah untuk menjadi lebih baik. Nak berubah tu tak payah tunggu besok, lusa, tahun depan, 5 tahun lagi, dan kononnya mengatakn tak sampai seru lagi???!! atau menanti hidayah datang bergolek.. everyday kita perlu muhasabah diri, berubah dan menjadi lebih baik.

Macam mana nak berubah? kita berubah dengan taubat. Bertaubat kepada Allah, menagis kepada Allah bkn pada manusia, dan insaflah, kita menyesal terhadap kesalahan yang telah kita lakukan selama ni.. andai kita dah bertaubat sekalipun, dan andai Allah nak uji lagi dengan perbuatan yang sama lagi pada kita, iaitu kita bertaubat dan sentiasa muhasabah diri. Ada sesetengah orang tu tanya, aku dah buat dosa sangat2 besar dan aku takut sangat Allah tak ampunkan dosa aku, yakinlah dan percayalah yang Allah telah sediakan pintu2 taubat untuk kita..Allah tidak sama seperti manusia, Allah maha Pengampun!

Andai kita dah berubah tapi ada yang kutuk2 kita kata alimlah, dulu hg pn buat dosa yang sama jugaklah dan sebagainya..Kita kena ingat yang Allah mampu untuk mengubah segalanya. Kita perlu lebih kuat dan berani serta yakin dengan diri kita yang kita ni nak cari redha Allah.. Perdulikan kata2 orang. Keluarkan diri kita ni dari sikap lemah dan berputu asa. Buktikan pada mereka yang kita berubah ni tak sia-sia dan berdoa jugalah agar mereka berubah dan kembali kepada Allah.

Buktikan yang generasi Y ini adalah soleh dan solehah bukan peruntuh akhlak! takbirr.. bangunlah wahai anak muda dan sahabatku sekalian untuk menjadi generasi penggerak memartabatkan Islam! AllahuAkbar!

ajak sama orang lain untuk turut ikut serta berubah... nak masuk syurga sama2 kan..^_^ jom lah berubah sama2....

“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman.”
(Surah Ali Imran ayat 139)
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.”
(Surah At-Taubah ayat 129)
“Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat.”
(hadith riwayat Bukhari)
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
(Surah Al-Asr ayat 1-3) 
“”Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya”
(Surah An Nahl ayat 125)
sedikit sebanyak dipetik dari ILOVEISLAM...

Rabu, 14 November 2012

wallahu`alam

bismillahirrahmanirrahim..
malam rabu slalunya mak p dengaq kuliah maghrib dekat surau dkat rumah aku la.. kali ni aku balik cuti semester, ikut jgak lah, p bagi makan hati skit, asyik perut ja dberi makan..hehe..
seronok tau, malam ni ustaz Fawwaz yang bg tazkirah...huh, utaQha pekat....hehe..
dengaq pnya dengaq, ada la ustaz sentuh pasai ni,



BENARKAH BUMI AKAN GELAP GULITA 3 HARI?

http://astronesia.blogspot.com/

Astronesia-NASA memprediksi bahwa Bumi akan mengalami kegelapan selama 3 hari, dan istilahkan sebagai Blackout. Diperkirakan akan terjadi selama 3 hari yaitu tanggal 23, 24 dan 25 Desember 2012. Peristiwa ini disebabkan karena Posisi semua planet berada sejajar membentuk sebuah garis lurus. Sehingga planet yang berada di balik planet Pertama (Merkurius) akan terhalang mendapatkan sinar matahari.

Berikut translate kutipan pernyataan NASA mengenai fenomena Blackout tersebut :
Entah benar atau tidak, sebaiknya bersiap"lah, Jangan panik, tetap tenang, dan berdoalah. Ingatlah untuk lebih banyak senyum, lebih banyak mencintai, lebih banyak memaafkan.. setiap hari. Akan lebih baik untuk menghindari perjalanan jauh sepanjang bulan Desember 2012. NASA memperkirakan kegelapan total pada 23-35 Dec 2012 pada saat "sejajarnya alam semesta". Ilmuan US memperkirakan perubahan alam semesta, kegelapan total pada planet (bumi, red) selama 3 hari dimulai pada 23 Des 2012. Ini bukanlah akhir dari dunia, ini adalah "kesejajaran alam semesta", dimana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tem,pat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4. Selama perpindahan ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat Dunia yang benar" baru. (mungkin dimensi disini lebih ke arah posisi bumi kali yee ) Kegelapan selama 3 hari ini diperkirakan akan terjadi pada tanggal 23, 24 dan 25 Des, Selama kejadian ini terjadi, ketenangan adalah hal yang sangat dibutuhkan, saling peluk satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirahatlah selama 3 hari ini. Dan mereka yang bertahan akan menghadapi Dunia yang benar" baru ... bagi mereka yang tidak bersiap" akan banyak yang mati karena rasa takut. Berbahagialah, nikmati waktu yang ada mulai dari sekarang. Jangan khawatir, dan berdoalah kepada Tuhan setiap hari. Banyak sekali pembahasan tentang apa yang akan terjadi di tahun 2012, tapi banyak yang tidak percaya, karena mereka takut akan menciptakan kepanikan dan ketakutan pada semua orang. Kita tidak tahu pasti apa yang akan terjadi, tapi saya rasa tidak akan sia" untuk mempercayai NASA tentang persiapan yang harus dilakukan.
Semoga saja ini hanya sebuah ramalan belaka, tetapi jika benar selama 3 hari bumi tanpa sinar matahari tentu akan memicu ketakutan, depresi, halusinasi dan berbagai hal diluar alam pikiran kita. Bukan itu saja, tetapi di perkirakan memicu gempa bumi dan berbagai kejadian alam besar. Sebelumnya planet sejajar ini di prediksi terjadi tanggal 8 September 2012 tetapi hal itu tidak terjadi dan sekarang kembali keluar ramalan baru diperkirakan terjadi tanggal 23 - 25 Desember 2012


Read more: http://astronesia.blogspot.com/2012/10/benarkah-bumi-akan-gelap-gulita-3-hari.html#ixzz2CE9ONIGr


wallahualam,,, kita harus beringat, dan cepat2lah bertaubat selagi pintu taubat masih dbuka dan jgn plk nnti bila dah matahari trbit sebelah barat baru kita nak taubat, Allah dah x terima dah time tu, walaupun semua orang dah beriman padaNya....ni, Barat pnya kajian..

Isnin, 5 November 2012

Liku-Liku Kehidupan

..Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah dan bahagia rasanya sudah habis exam...
Tapi kehidupan kini diteruskan(ayat skema) lagi iaitu waww balik rumah la.....~~BAhagia rasanya..
jeles semua kawan2 aku..hiiihii
Aku ada sedikit cerita nak di kongsikan dan mungkin pernah barlaku kepada diri2 anda.. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
..SAHAJA AKU BERMUSAFIR KERANA ALLAH TAALA..
Biasalah kalau balik rumah (Penang) mestilah naik bas Mutiara kan...(bas yang terbaik sekali, I.Allah).. Aku balik sorang2 tanpa ada peneman sebabnya sahabat2 lain masih lagi belum habiss exam, memandangkan aku habis awal, 3hb, apalagi balik la dulu, dah le x balik raya haji...heee
Tiket bas Mutiara saya beli 4hb malam balik.......serOOnokknya...Alhamdulillah dan tiket ni tiket terakhir untuk aku, kononnya la, makcik tiket bas tu kata....
pada malamnya, aku dhantar oleh mereka2 : kak Ti zizan, Alia Zaini, Nabilah nasser dan Amy..hee, diorang ni ambik aura sblom diorang pulak yang menyusur pulang pada minggu hadapan.....heee...
selaamat jalan........hati2 ye thirah....-kata2 mereka...
Dapat pulak sit sigle dpan sekali, 1B, bus double dacker dan naik plk kat PT... Mula2 tu seronok lah lpas tu aku disapa, "dik blajaq sini ka? kat mana? org penang ka?dgaq cakap mcm org peNang?? aku mengiyakan ja.....takut jgak....aku ngn org tu ja mula2 ada dalam bas sblom bas tu bertolak ke Tesco untuk ambik org yang seterusnya.....
Setibanya di Tesco, astaghfirullahal`azim...............!Ramainya orang naik..........sorang demi sorang memenuhi sit....di sebelah aku ada 2 orang Mexico dan yang belakang semuanya lelaki..... dgar bnyi klntan, Penang, n plik2 lah bahasa.......Takutnya aku Allah saja yg tahu..hmpir2 nak nangis dan aku tgok ada 1 sit lagi yang masih blom diisi dan sebelahnya lelaki.......YaAllah......tolonglah aku, bantu aku Ya Allah, Lindungi aku, jauhkanlah aku daripda sgala kejahatan... Tasbih d tangan, Quraan d ppegang erat...dan aku menanti pakcik bas untuk kira para penumpang...tapi, pakcik x kunjung tiba..bas berjaln..Allah masih menguji kesabaranku..Aku takut juga untuk bangun sbb aku seorang2 sahaja perempuan d dalam bas.. setibanya di Macang, Alhamdulillah, Allah dengar rintihan aku, datang seorang makcik berjubah seluar, berkaca mata dan tmpat kosong yang belum diisi akan diisi olehnya dan terus aku 
terus memegang tagannya dan aku cakap "makcik, boleh x saya nak dduk sebelah makcik??"..makcik tu pn cakap "boleh"....Alhamdullillah....Allah maha mendengar.....makcik tu pun meminta seorang lelaki yang duduk d sit sebelahnya untuk tkar tempat dgan aku, dan Alhamdulillah, lelaki tu memahami..
SYUKUR2 ALHAMDULILLAH~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
makcik td tnya aku darai mana, ore cini ko(klantan)??...x lah, saya org Penang, blajar dkat KTD...
aku plak tnya makcik tu, makcik nak pg mana..??...mokcik blik cuti sini...mokcik kijo sano(politeknik seberang perai)...oh...............
selesai........tertidur sudah kami berdua sehinggakan aku d kejutkan pada pkul 4.00 a.m oleh makcik td...dik2, bangun doh sampai butterworh...
ALHAMDULILLAH................sekejapnya rasanya berada dalam bas....the dah sampai....

Takut + Sabar + Ceria Sedikit = Sampai Sudah d rumah

seronok dan bahagia hati ini berjumpa mereka.....
MAK,AYAH,KAKAK...

Ahad, 30 September 2012

99 Name of Allah



1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melindingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar



Sabtu, 22 September 2012

ikhtilat


Ikhtilat

Pergaulan antara lelaki dan wanita “ikhtilat”: Apa sempadannya?
Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam.
Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat “pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi” tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama. Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud: “Dan tetaplah kamu di rumah-rumah kamu.”
Apakah ikhtilat itu haram?
Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: “ikhtilat”.
Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan ikthilat dari segi bahasa dan syariat.
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah syariat yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah:
  • Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.
  • Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa.
Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti? Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal?
Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut:
Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara leiaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:
Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hokum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.
Kedua: Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
  1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.
  2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
  3. Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
  4. Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya `al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab r.a. telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
  5. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasaan yang syar’ie seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah s.a.w. dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda.
  6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar’ie Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah s.a.w dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.
  7. Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar’ie.
  8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi s.a.w. merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.
  9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
  10. Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.Tersebut dalarn kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.
Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan wanita
Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.
Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan.
  1. Ucapan yang makruf dan sopan. Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.
  2. Menundukkan pandangan. Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.
  3. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda:Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.
  4. Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…. (Riwayat Bukhari). Adab khas untuk wanita.
  5. Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj.
  6. Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.
  7. Menjaga pergerakan. Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. Daripada pembentangan di atas ternyata bahawa rnenjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah di tetapkan oteh ulama lslam.
Wallahua’lam.

***pesanan kepada diri***
  • muhasabah balik diri
  • dekatkan diri dengan allah
  • buang perangai yang buruk
  • >_<
  • may rabb bless me!

Jumaat, 21 September 2012

adakah dia milikku


Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan tetapi adakah hasilnya seperti ape yang diharapkan?
Sahabat,sedarlah bahawa usaha itu adalah satu kemestian yang dilakukan oleh setiap hamba Allah dimuka bumi kerana kita harus merancang akan tetapi Allah yang menentukan segalanya. Berapa ramai insan yang kecundang selepas usaha yang dilakukan tidak seperti apa yang dijangkakan?Bahkan ada yang memaling pada mentaati perintah Allah setelah kecewa dengan pengakhiran suatu usaha itu.
Sahabat, sedarlah bahawa Allah itu Maha kaya dan Maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.Ketentuan dariNya adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya dan kita haruslah redha dengan ketentuanNya kerana ini adalah seiring dengan rukun iman keenam yakni percaya pada qadha dan qadar. Tidak redha dengan ketentuanNya bermakna tidak percaya pada rukun iman keenam. 
Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan. Sunnah menjadi ikutan. Solat hajat menjadi tempat mengadu luahan perasaan. Istikharah sebagai penghubung hati pada tuhan agar diberikan jalan dalam membuat pilihan. Indahnya Islam dalam mengajar umat islam untuk mencari jodoh yang baik.
Sahabat,berusahalah untuk mencari cinta sejati dengan sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya. Jangan pernah putus asa dalam usaha. Ujian Allah dalam meniti suatu perjalanan mencari cinta sangatlah berat kerana Allah inginkan hamba-hambaNya meminta-minta padaNya. Bersabarlah atas setiap ujian yang kita hadapi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya. 
Jika pilihan kita bukan seperti yang kita harap dan dambakan, percayalah tidak akan sesekali akan rugi bagi mereka yang bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan manusia itu, walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya penuh kemudharatan tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita rasakan kurang baik di mata manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa sedikit pun kita menyedarinya. Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu yang indah, namun kita tidak tahu ianya akan menjadi suram pada masa mendatang.
by:iLoveIslam
apa pn yang berlaku, masa depan kita الله dah tentukan, cuma kite x tahu..dan sebgai student dan mempunyai mak dan ayah, lebih baik fikirkan mereka.. dan sebagai anak perempuan, hargailah mereka, sayangilah mereka sepenuhnya, seadanya sebelum kita d sunting oleh mana2 lelaki(suami) kerana slpas itu, syurga d bwah telapak kaki suami bukan dah d bawah telapak kaki mak...may Ø§Ù„له bless me always!